Mutiara Hati

Mutiara Hati
Aku Hidup Kerana-Mu YaAllah.

Friday, April 29, 2011

Bilo loghat Kelate...Di-KL kan

Kantoi 1 
Gu kawe kijo hotel,dio sepatutnyo anta guest pegi airpot tapi huje pulok,dio tunggu la sapa uje berenti baru dio oyak ko guest, kawe denga dio oyak gini"mari kita pergi encik,hujan sudah SERIK ni"


Kantoi 2
 Dulu,mase kat belaja kat kolej,kelas komputer,kawe aja gu kawe pasal komputer,doh dio slow nok teke tikuh tu,kawe kato la gini"Ming,tunggu gapo lagi nyo, PENYEK la mouse tu" .Gu kawe pun kato,oloh,kapong molek bahaso mung,mujur mu tok oyak JIREK…


Kantoi 3 
Kawan abg ipar aku kantoi ketika dinner di hotel, biasalah kan waiter akan refill air sejuk dalam gelas tu kan..

dia kata lebih kurang macam ni semasa waiter itu sedang menuang air kedalam gelasnya..

"adik, dah banyak air tu, PADAM, PADAM.."

dengan muka yang selamba dan serius..

Kantoi 4
kwn aku citer cara2 masak kerutup..

”mula2 panaskan minyak...masukkan bhn kisar...tumis hingga naik bau...kemudian masukkan AWAS.....”


Kantoi 5 
 “saya tinggal bersama ayah, ibu, adik dan kakak. rumah saya berdekatan dengan rumah nenek. kadang-kadang rumah saya BERKUBANG.....”

kantoi 6
 masa aku study kat UM sewa umah kat bangsar...


ada housemate budak kedah nak pinjam motor...dia tanya mana kunci motor aku...

dengan macho nya aku jawab...'kunci motor ada dalam SORAK meja aku tu..'

hahahahha



Kantoi 7
 masa di U mulo, ado member aku ni buleh awek bdk Johor.. mmg sokmo berigak ayat kelate time dia berkecek luar ngan awek dia tuh.. contoh paling kelakar aku igt lg masa tu dia tgh bergayut tanya khabar awek dia yg demam..

"Ayang.. camne dah "sial" ke belum demam ayang tu?" pastuh lagi.. "sori la abang x sempat call ayang, abang tidor strik (straight) td"

Kantoi 8
 ade sorang awek kelate ni kije receptionist kat hotel kawan aku kije...aritu hotel xdak api,blackout, so guest kol la hotel ,dia yg cakap

guest : " nape takde api ni"awek : " maaf cik,black out.api berJENTAP"



Kantoi 9
 Dalam sebuah komuter...

“abang boleh ALIH sikit tak? Saya nk duduk ETEP.”

Kantoi 10
 Sepupu aku hok duk johor balik cuti kat kg aku..pah tu gak adik aku nk tido laa skali depan tv dgn spupu johor aku tu..pah tu byk nyamuk..dio pun oyat gini..

"BANYAKNYE NYAMUK...BERBEROM-BEROM (bunyi nyamuk)...hahahaha..


Kantoi 11
 Ado promoter gas mari umah aku..nk jual kepala gas untuk keselamatan gas gapo xtahu...mok aku hok interested nk beli..

pah mok aku ty laa..nk guno lagu mano ni..dio pun jawab..."mcm ni mak cik...kepala ni bawah ni mak cik CONCOS kat tong gas ni....

Kantoi  12
 dj radio: assalamualaikum
pendengar: wa'salam...
dj radio: bagai mana keadaan cuaca di Jeli skg?
pendengar: hujan berek-berek.....


Kantoi 13 
ada anak buah kawe jate sore bdk KL.. umur 6 thn..comey kakloh jugok la... bila balik kg, budok2 tino pakat2 kerumun anok buah kawe tu,,serupo ore ulu tok rajin jupo manusio..

"Eiii... comANnye... geraNnye.... nama awak sape.... tembaNnye pipi... rasa mcm nak KENGKAF jerrrr.."

Kantoi14
ari tue spupu ambo hok dok KL kelik klate..
pah nyo maen brambak samo dio lah..maso nok start 2,spupu ambo hok klate nie pom kiro lah...'1..2...3...HUNGGA!'
hok samo2 klate neh,derah lah hungga nyo..hok KL nyo,senyap tipah...xtahu nok wak gapo...

kantoi15
boring betol ler aku tunggu minah nie....KELITPAS2 kat sini sorang2.

kantoi16
lokasi kota kinabalu ,sabah:
mmber sbah:geng,anu dmna ko parkir keta bha..?
ore pasir mas:tu ada , pakin kat birai jalan

kantoi 17
mula2 mai kl, g la mkn d kafe kolej....adala lauk paru...aku ngn slamba brkata 'eh2 bestnyer ada lauk pelampung goreng'....kwn dr selangor trnganga dgr..malu teramat sero.

kantoi 18
kisoh benar saim kawe..g keda cino d KL "saya nak beli krawat ade tak?"

kantoi 19
aku tringat maso jamey bdk2 dulu,saim aku kecek nga spupu dio,spupu dio tu ore KL..dk tgh main berambak nie..spupu dio pom g lari dk bwh pokok moktey..
dio pom kato..'abg!..jgn main bwh pokok moktan,situ byk nyamak'..hahahah..selok aku suko..

kantoi20
adoiii!!! kaki sy sereban la awk, x leh nk brdiri...:))

kantoi 21
ucapan president kolej: asalamualailkum....... ..........
..............................
............
izinkan sy bercakap 'blan' duduk....

kantoi 22
org kaya dr kelate nk g bli keto d KL..dia nk bli keto mewoh..sapa di keda,dia pom kecek nga salesman keto..
org kaya: kete ape yg sesuai dgn sy ye?
salesman: ape kate encik beli kete BMW 5 siri ni..
org kaya: x nak lah sy..kete tu PARAK MINYAK...
garu palo salesman tu...

kantoi 23
"jangan TIJAK rumput itu!"

kantoi 24
sedak kaklah make ayam nge sah cili

kantoi 25
babak nyapu sampah ari tu,
saing aku; mane nyodak tadi, xde nyodok susah sket nak bersih nii,...
aku; suko nk pecah perut waso,.. hahahah


kantoi 26
bdk kelate g merempit nga bdk KL..bdk klate dk blake,bdk KL joh bwk muto..bdk KL bwk muto laju..lalu kok perumahan..ms tgh laju 2,bdk klate napok bonggok dpn..dia pom oyak gni.."WEY..SLOW SKIT.ADA BONGGAK(bonggok) KAT DPN TU"...


kantoi 27
2 org bdk,1 klate 1 johor..nk g derak putrajaya.
bdk johor: awk,kite nk g putrajaya naik pe?
bdk klate: naik moto..kita BERGENDONG dgn Yamaha Kecap sy...

kantoi 28
gu kawe sdak jgk.. kijo nge cino kl. nk masuk kile tu ado anying. dio tanyo tokey tu.
"tokey, ini anjing xde ambat ke"?

kantoi 29
ambo kijo d sebuah klinik d slngor..1 ari,mri seorg bdk..dia oyak gni.."ENCIK,SAYA CERAH PERUT.SLH MKN AGAKNYE.."

kantoi 30
Ambo ni kijo kt kecemasan di spita kuala lumpur..ms tu ambo kijo mlm..dlm pkul 11 mlm,mri la 2 org ni..dia pom oyak gni ko ambo.."ENCIK,KWN SY NI NI SUSAH NAK BERNYAWA LA.."

kantoi 31
saen ambo tbik merempit nga bdk2 KL..pah saen dia nk pinje muto RXZ dia.nk g bli rokok.start2 x idup..saen ambo dgn slambonyo berkato "TARIK CAK TU DLU"(tarik cok)..suko selok ambo dgr..



Sumber :FB saing2 ambo...




Thursday, April 28, 2011

Jenis Orang & Jenis Kentut

* Orang TIDAK JUJUR Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.


 * Orang BANGANG Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

 
* Orang BERWAWASAN LUAS Orang yang tahu bila harus kentut.


* Orang SENGSARA Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.


 * Orang MISTERIUS Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.


* Orang GUGUP Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.


* Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.


* Orang SADIS Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.


* Orang PEMALU Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.


* Orang yang STRATEGIK Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.


* Orang BODOH Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.


* Orang PELIK Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit- sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".


* Orang SOMBONG Orang yang sering mencium kentutnya sendiri.


* Orang RAMAH Orang yang senang mencium kentut orang lain.


* Orang yang tidak senang BERGAUL Orang yang kalau kentut, sembunyi.


* Orang AKUATIK Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi blekuthuk-blekuthuk".


* Orang ATLETIK Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.


* Orang JUJUR Orang yang mengaku kalau habis kentut.


* Orang PINTAR Orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.


* Orang MALANG Orang yang nak kentut tapi terkeluar taik....

Sejarah Negeri Kelantan

Negeri Kelantan yang mempunyai seni budaya tradisional yang unik ini juga mempunyai sejarah persinggahsanaan yang menarik. Diriwayatkan dalam tahun 1411M (814H) di Kelantan, terdapat seorang Raja yang beragama Islam bernama Raja Kumar. Tetapi sehingga kini ahli-ahli sejarah masih belum dapat mengesani daripada manakah asalnya Raja Kumar ini. Walau bagaimanapun baginda Raja Kumar telah menjalinkan hubungan muhibbah dengan Maharaja China, dan sebaliknya dalam tahun 1412M, baginda Raja Kumar telah menerima persembahan balas berupa kain-kain sutera dan surat kepujian daripada maharaja China itu.


Selepas pemerintahan Raja Kumar lahir pula pemerintahan Sultan Iskandar sehingga 1465M. Kemudian Negeri Kelantan diperintah pula oleh Putera Baginga Sultan Mansur. Dalam zaman pemerintahan Sultan Mansur, nama Negeri Kelantan telah menjadi masyhur sehingga ke negeri Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Pada 1477M, Raja Melaka ini telah menghantar bala tenteranya untuk menyerang Negeri Kelantan. Walau bagaimanapun ia berakhir dengan satu simpulan peristiwa yang menarik, iaitu baginda Sultan Mahmud Shah telah berkahwin dengan Puteri Sultan Mansur yang bernama Onang Kening, yang kemudian menjadi bonda kepada Raja Perak yang pertama, iaitu Sultan Muzaffar Shah (1528M).


Apabila Sultan Mansur Shah mangkat 1526M (928H), maka putera baginda, Raja Gombak ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran “Sultan Gombak”. Setelah baginda Raja Gombak mangkat, maka cucunda baginda yang telah dijadikan putera angkat, iaitu Raja Ahmad, ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584M (992H). Dengan gelaran Sultan Ahmad, Baginda telah berkahwin dengan Cik Banun puteri Seri Nara D’Raja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda berdua telah dikurniakan seorang puteri dinamakan Cik Siti Wan Kembang.


Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589M, sewaktu puteri baginda Cik Siti Wan Kembang berusia 4 tahun, dan oleh sebab itu Raja Hussein dari Johor telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pemerintah Kelantan. Bila Raja Hussein mangkat pada 1610M (1018H), maka Cik Wan Kembang ditabal menjadi Raja Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah Tenggara Kuala Krai.


Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang mengelarkan Cik Wan kembang dengan panggilan “Paduka Cik Siti”. Baginda mempunyai seekor kijang yang kemudiannya menjadi lambang kebesaran negeri Kelantan.


Semasa dalam pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, telah timbul sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, di bawah pemerintahanRaja Sakti 1638M (1046H). Setelah Baginda mangkat, maka putera Baginda, Raja Loyor telah ditabal menjadi Raja pada 1649M (1059H). Baginda dianugerahkan dengan dua orang cahaya mata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat sejak kecil lagi dan seorang puteri bernama Puteri Saadong.
Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang dengan Kerajaan Loyor di Jembal. Baginda mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti.


Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.


Puteri Saadong telah diculik oleh Penglima Tentera Siam bernama Phraya Decho dan dibawa kepada Narai Maharaja Siam (1656-1688), kerana kesetiaannya pada suami baginda tidak boleh disentuh oleh Maharaja Siam. Setelah Puteri Saadong kembali ke Kelantan telah berlaku pergaduhan dengan Raja Abdullah. Akibat pergaduhan itu Raja Abdullah terkorban kerana kena tikaman cucuk sanggul Puteri Saadong.


Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong telah melantik Raja Abdul Rahim iaitu saudara raja Abdullah menjadi Sultan di Kota Mahligai pada 1671M (1082H) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah, anak Penghulu Ngah Jembal. Selepas itu Puteri Saadong menjadi Raja di Bukit Marak dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesan lagi.
Kemudian, Raja Abdul Rahim telah mangkat ditikam oleh rakyatnya di tepi Tasek Lelayang Mandi. Dengan itu putuslah sejarah “kerajaan mahligai” dan wujud pula Kerajaan Jembal yang pada waktu itu terletak dibawah pemerintahan Raja Omar yang bergelar Sultan Omar pada 1675M (1086H).


Raja Omar adalah adinda kepada Raja Loyor yang sebelum itu telah bergelar Temenggong Sultan Omar mempunyai lima orang putera dan puteri, iaitu Raja Kecil Sulung, Raja Ngah yang bergelar Raja Hudang, Raja Nah, Raja Sakti dan Raja Pah. Setelah Raja Omar mangkat pada 1721M (1132H), Baginda Long Bahar telah ditabal menjadi Sultan di Jembal atas kehendak puteri sulungnya, Raja Kecil Sulung. Baginda Long Bahar adalah putera Raja Petani (Wan Daim) yang bergelar Datuk Pengkalan Tua yang berhijrah ke Kelantan bersama ayahndanya dan berkahwin dengan Raja Pah Puteri Sultan Omar dan memerintah di Sening dekat Jembal.
Long Sulaiman (Wan Anom Long Nik) anak Long Bahar dengan Raja Perempuan Patani bergelar Mas Kelantan mempunyai seorang putera bernama Long Yunus dan dua orang puteri, iaitu Tuan Dewi dan Tuan Kembang yang berkahwin dengan Long Deraman putera Tuan Senik Getting yang memerintah di Legeh. Pada 1756M (1169H) telah berlaku serangan untuk merebut takhta dan akhirnya telah membawa kemangkatan Long Sulaiman. Berikutnya Long Pendak, sepupu Long Sulaiman telah dilantik menjadi Raja Kubang Labu, dan adiknya pula Long Muhammad dilantik menjadi Raja Muda.


Kemudiannya pada 1758M, Long Pendak telah mangkat di tangan Long Deraman kerana membalas dendam terhadap perbuatan Long Pendak membunuh isterinya Tengku Tengah iaitu adik Long Deraman. Selepas itu Long Muhamad dilantik menjadi Sultan di Kota Kubang Labu. Dalam masa pemerintahan Long Muhammad telah meletuskan peperangan antara pihak Long Muhammad yang dibantu oleh Long Deraman dengan Long Gaffar, putera kepada Raja Reman di Hulu Perak. Dalam peperangan pada 1762M, Long Muhammad dan Long Deraman telah tumpas dan Kerajaan Kubang Labu telah dapat dikuasai oleh Long Yunus. bagi mengenang jasa Long Gaffar yang membantunya dalam peperangan itu, maka baginda Long Yunus telah melantik Long Gaffar menjadi Perdana Menteri memerintah dari kawasan Jeram sampai ke Pasir Tumbuh. Baginda Long Yunus telah berjaya menyatukan seluruh pemerintahan Negeri Kelantan yang banyak itu dengan meletakkannya dibawah satu pemerintahan pusat sahaja.

Ayat Tersirat Seorang Perempuan

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?


Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!


Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.


Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.


Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nakmasak, basuh kain-baju lagi…
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.


Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?


Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla…
Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you la… Rasa macam nak jadi awek you je.


Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.


Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.


Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.


  • P/S:BETUL TAK WAHAI PEREMPUAN2 SEKALIAN??AH-HA