Mutiara Hati

Mutiara Hati
Aku Hidup Kerana-Mu YaAllah.

Wednesday, April 4, 2012

Berubah-Mampukah Aku?

Pada pagi yang cukup indah ini, tiba tiba terdetik dihati nak update blog yg lama aku tak buka.
Jam di laptop menunjukkan angka 5.49 pagi. Bertemankan alunan zikir daripada radio IKIM.FM, aku mula berfikir...

*******************************************************************
BERUBAH

Perkataan ini wujud dalam setiap individu. Berubah yang bagaimana?
Aku nyatakan 2 di sini, iaitu:
1. Malas kepada rajin
2. Jahat kepada baik

********************************************************************

Malas kepada rajin.

aku ni memang boleh dikategorikan sebagai malas, dalam banyak perkara jugaklah.
malas beribadat adalah satu kelemahan aku. susahnya nak bangun tahajjud malam-malam, walhal aku selalu je tidur lewat.

sebagai seorang pelajar, aku juga malas nak buat tugasan yang diberikan pensyarah. kalau buat pun, last-last minit. bagi aku, tiada ubat kepada malas ni, melainkan atas kehendak diri kita sendiri yang mengatasi masalah itu.

Jahat kepada baik.

Sebagai manusia, kita tak boleh nak kata diri kita tu baik, sebabnya kita mesti ada melakukan perkara-perkara yang jahat bagi pandangan orang, walaupun pandangan kita ianya perbuatan ynag baik. Aku teringat kata-kata Ustaz Azhar Idrus, "orang yang mengaku diri dia baik, dia sebenarnya jahat..". Tapi, sejahat-jahat manapun seseorang itu, pasti dia teringin untuk berubah menjadi baik.

***********************************************************************

Bilal masjid UKM dah melaungkan azan, aku pun nak bersiap-siap untuk bersolat. Tulisan pun macam ayat budak darjah 3.

Ya Allah,berikanlah aku hidayahMu dan berikanlah aku kekuatan untuk menjadi hambamu yang soleh.Aminnn.

No comments:

Post a Comment