Mutiara Hati

Mutiara Hati
Aku Hidup Kerana-Mu YaAllah.

Thursday, December 15, 2011

Kisah Aladdin-Minda Separa Sedar


Bila kita sebut Aladdin..mesti ramai yang tahu kisah atau cerita ni...malah,boleh bercerita dari A-Z...tapi,ada yang tidak tahu cerita disebalik kisah Aladdin nie..


mungkin ramai yang cuba menterjemahkan rahsia disebalik tabir citer nie...
ambo cuba terjemahkan pemikiran penulis citer ALADDIN NGAN LAMPU AJAIB dari satu sudut yang berbeza...

Aladdin merupakan satu watak manusia yang boeh jadi sesiapa saja di sini, serba kekurangan pada awalnya. Namun kecekalannya untuk terus hidup telah membuat dia boleh berdikari. Seperti manusia lain, Aladdin penuh dengan angan-angan. keinginan untuk mendapatkan sesuatu yang diingini buat dia tabah dan cuba berusaha..

Sekarang ramai manusia berwatak Aladdin namun tidak ramai yang sedar bahawa mereka juga mempunyai Lampu Ajaib seperti Aladdin... Apakah lampu ajaib Alladin..?

Ambo menterjemahkan lampu ajaib Aladdin sebagai satu usaha. Lampu ajaib Aladdin adalah minda seseorang.. apabila Aladdin terdesak dalam tindakannya.. dia mencuba pelbagai cara.. lantas dia menggosok lampu ajaibnya.. hakikatnya dia menjana minda dia (digambarkan dengan menggosok lampu ajaib)dalam masa yang sama dia sebenarnya menggosok pemikirannya untuk melakukan sesuatu diluar jangkaannya.. lantas dia sebenarnya telah mengarahkan minda separa sedarnya untuk bertindak.

Minda separa sedar ini berlaku dalam kawalan individu.. maka keluarlah JIN dari Lampu Ajaib tersebut. JIN itu seharusnya diterjemahkan kepada satu kejadian yang berlaku dari minda separa sedar seseorang.. minda separa sedar mampu dan akan patuh kepada perintah pemikiran seseorang.

Melalui minda separa sedar.. sesiapa saja mampu lakukan apa dianggap mustahil oleh pemikirannya. Jin Aladdin akan bertindak mengikut arahan Aladdin.. begitu juga minda separa sedar kita akan melakukan satu tindakan yang diarahkan oleh pemikiran seseorang.

Jadi... anda adalah si Aladdin dan Lampu Ajaib anda adalah pemikiran .. Jin si Aladdin adalah minda separa sedar anda..


Gunalah 'Lampu Ajaib' anda apabila memerlukan 'Jin'.


sumber: geng 'suko kecek kelate'

No comments:

Post a Comment