Sukar sekali bila mendidik rakan-rakan kita khususnya yang perempuan supaya mereka menutup aurat mereka. Jangankan sahaja perempuan, malahan lelaki juga sering tidak menjaga aurat mereka lebih lagi ketika bersama muhrim mereka.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur, ayat 31)
Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka
keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).
Salah satu alasan yang sering digunakan oleh wanita-wanita yang tidak bertudung ialah," La.. Orang bertudung pun mulut macam longkang, baiklah orang macam aku ni. Walaupun aku tidak bertudung, tapi hati aku baik". Jika benar hati mereka baik, mengapa mereka melanggar perintah Allah? Adakah melanggar perintah Allah itu melambangkan hati mereka yang baik?
Ada antara mereka yang memberikan alasan, "Aku akan pakai tudung dengan keikhlasan kerana Allah, bukan kerana disuruh oleh orang lain." Sedangkan mereka hanyalah membohongi diri mereka sendiri. Bukanlah perintah menutup aurat itu datangnya dari manusia melainkan ianya dari Allah. Mereka hendak menipu siapa?
Ada juga yang berkata, "Allah tidak pandang paras rupamu, tetapi hatimu.". Rasulullah S.A.W. bersabda "Sesungguhnya Allah tidak akan memandang rupa dan hartamu, tetapi ia memandang hatimu". Adakah hatimu baik seperti yang kamu sangka apabila kamu dengan mudahnya melanggar perintah Allah? Perbuatan kamu mengingkari perintah Allah itu bermula dari hatimu yang mati dan busuk. Jika hatimu mati, apa lagi yang ada pada dirimu?
Alasan paling popular yang digunakan oleh mereka yang tidak menutup aurat ialah:
"Aku ada banyak kawan di office yang bertudung, tapi selalu mengumpat"
Berikan jawapan ini kepada mereka, orang yang mengumpat hanya mengumpat apabila meraka bertemu dengan kenalan2 tertentu sahaja. Mereka tidak akan mengumpat apabila berjumpa dengan orang tidak dikenali di tepi jalan. Dosa mereka pada masa-masa tertentu sahaja.
Berbeza dengan mereka yang membuka aurat. Dosa mereka tetap akan mengalir 2 kali ganda walau aurat mereka dilihat oleh orang yang dikenali mahupun tidak dikenali. Dosa orang membuka aurat adalah 24 jam,. Bayangkan sehelai rambut, 1000 tahun Neraka waktu Akhirat. Jika ada ribuan helaian rambut. Jika orang pertama yang melihat berkelip sebanyak 10 kali. Bagaimana jika 10 orang. Bagaimana pula jika mereka berjalan-jalan di pasaraya. Bagaimana pula jika mereka mengupload gambar mereka di FaceBook, TV dan lain2, dilihat oleh berjuta-juta manusia. Itu untuk satu hari, bagaimana pula jika hayatnya selama 60 tahun??
Kesimpulannya, orang yang suka mengumpat tetapi menutup aurat, mungkin mereka akan ke Syurga atau Neraka. Tetapi bagi mereka yang tidak menutup aurat, walaupun mulut mereka baik, mereka confirm masuk neraka melainkan dengan rahmat Allah.
Wallahua'alam
No comments:
Post a Comment