Mutiara Hati

Mutiara Hati
Aku Hidup Kerana-Mu YaAllah.

Friday, December 16, 2011

Bila Cikgu Menafsir Cinta

  • GURU FIZIK


Cinta adalah merupakan daya tarik – menarik antara kutub positif (lelaki) ke kutub yang tak sejenisnya (tentulah sidia)

  • GURU BIOLOGI


Cinta merupakan cara mempelajari hubungan antara makhluk hidupan dengan lingkungannya

  • GURU KIMIA


Cinta merupakan tindakbalas kimia yang tidak diketahui unsurnya

  • GURU MATEMATIK


Cinta adalah satu cara untuk menentukan daerah ketidaksamaan antara dua garis yang tidak sejajar

  • GURU PENDIDIKAN ISLAM


Jangan sekali-kali meninggalkan cinta tetapi jangan terlalu dekat padanya kerana hidup ini penuh dengan iblis dan syaitan yang sanggup menggoda manusia untuk membuat dosa dan cinta adalah sasaran dosa (cinta la YG 1 ALLAH itu cinta yg hakiki dpt kan cinta yg halal d dunia dan akhirat)

  • GURU PENDIDIKAN MUZIK


Cinta adalah ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan

  • GURU EKONOMI


Cinta merupakan keperluan manusia yang harus dipenuhi sama ada secara langsung atau tidak langsung

  • GURU SEJARAH


Cinta hanya akan menjadi cinta sekiranya ianya tepat dan benar. Tapi jangan lupa jika ada sebab, pasti ada akibatnya.


  • GURU GEOGRAFI


Cinta adalah seperti 4 musim yang melanda kebanyakan Negara Eropah….kadangkala berbunga, kadangkala panas, kadangkala dingin dan kadangkalanya luruh

  • GURU BAHASA


Cinta dianggap indah kerana di dalamnya ada satu kesatuan yang harmonis antara bentuk bahasa dan isinya


*****************************************************************************

Yg pasti tafsir la cinta mengikut kehendak Allah yg satu…bertemu berpisah semua kerna Allah…..
Indah ya cinta kalau agama d serta bersama…cinta ALLAH DAN RASUL ADALAH YG UTAMA DAN DI UTAMA, JGN TERPEDAYA KERNA CINTA DUNIA YG SEMENTARA…
Tanpa guru...siapalah kita...=)

Perbezaan Lelaki dan Perempuan Bila Nak Keluarkan Duit

Withdrawing cash from an ATM

MAN
1.park the car
2.go to ATM
3.insert card
4.enter pin
5.take money
6.drive away

WOMEN
1.park the car
2.check makeup
3.turn off engine
4.check makeup
5.go to ATM
6.hunt for ATM card in purse
7.insert card
8.hit cancel
9.insert card
10.enter pin
11.take cash
12.go to car
13.check makeup
14.start car
15.stop car
16.run back to ATM
17.take ATM card
18.back to car
19.check makeup
20.start car
21.check makeup
22.drive for a mile
23.release HANDBRAKE.

Thursday, December 15, 2011

Kisah Aladdin-Minda Separa Sedar


Bila kita sebut Aladdin..mesti ramai yang tahu kisah atau cerita ni...malah,boleh bercerita dari A-Z...tapi,ada yang tidak tahu cerita disebalik kisah Aladdin nie..


mungkin ramai yang cuba menterjemahkan rahsia disebalik tabir citer nie...
ambo cuba terjemahkan pemikiran penulis citer ALADDIN NGAN LAMPU AJAIB dari satu sudut yang berbeza...

Aladdin merupakan satu watak manusia yang boeh jadi sesiapa saja di sini, serba kekurangan pada awalnya. Namun kecekalannya untuk terus hidup telah membuat dia boleh berdikari. Seperti manusia lain, Aladdin penuh dengan angan-angan. keinginan untuk mendapatkan sesuatu yang diingini buat dia tabah dan cuba berusaha..

Sekarang ramai manusia berwatak Aladdin namun tidak ramai yang sedar bahawa mereka juga mempunyai Lampu Ajaib seperti Aladdin... Apakah lampu ajaib Alladin..?

Ambo menterjemahkan lampu ajaib Aladdin sebagai satu usaha. Lampu ajaib Aladdin adalah minda seseorang.. apabila Aladdin terdesak dalam tindakannya.. dia mencuba pelbagai cara.. lantas dia menggosok lampu ajaibnya.. hakikatnya dia menjana minda dia (digambarkan dengan menggosok lampu ajaib)dalam masa yang sama dia sebenarnya menggosok pemikirannya untuk melakukan sesuatu diluar jangkaannya.. lantas dia sebenarnya telah mengarahkan minda separa sedarnya untuk bertindak.

Minda separa sedar ini berlaku dalam kawalan individu.. maka keluarlah JIN dari Lampu Ajaib tersebut. JIN itu seharusnya diterjemahkan kepada satu kejadian yang berlaku dari minda separa sedar seseorang.. minda separa sedar mampu dan akan patuh kepada perintah pemikiran seseorang.

Melalui minda separa sedar.. sesiapa saja mampu lakukan apa dianggap mustahil oleh pemikirannya. Jin Aladdin akan bertindak mengikut arahan Aladdin.. begitu juga minda separa sedar kita akan melakukan satu tindakan yang diarahkan oleh pemikiran seseorang.

Jadi... anda adalah si Aladdin dan Lampu Ajaib anda adalah pemikiran .. Jin si Aladdin adalah minda separa sedar anda..


Gunalah 'Lampu Ajaib' anda apabila memerlukan 'Jin'.


sumber: geng 'suko kecek kelate'

Cara Menasihati Rakan Yang Tidak Bertudung- 1 Pendekatan Psikologi?

Sukar sekali bila mendidik rakan-rakan kita khususnya yang perempuan supaya mereka menutup aurat mereka. Jangankan sahaja perempuan, malahan lelaki juga sering tidak menjaga aurat mereka lebih lagi ketika bersama muhrim mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur, ayat 31)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka
keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Salah satu alasan yang sering digunakan oleh wanita-wanita yang tidak bertudung ialah," La.. Orang bertudung pun mulut macam longkang, baiklah orang macam aku ni. Walaupun aku tidak bertudung, tapi hati aku baik". Jika benar hati mereka baik, mengapa mereka melanggar perintah Allah? Adakah melanggar perintah Allah itu melambangkan hati mereka yang baik?

Ada antara mereka yang memberikan alasan, "Aku akan pakai tudung dengan keikhlasan kerana Allah, bukan kerana disuruh oleh orang lain." Sedangkan mereka hanyalah membohongi diri mereka sendiri. Bukanlah perintah menutup aurat itu datangnya dari manusia melainkan ianya dari Allah. Mereka hendak menipu siapa?

Ada juga yang berkata, "Allah tidak pandang paras rupamu, tetapi hatimu.". Rasulullah S.A.W. bersabda "Sesungguhnya Allah tidak akan memandang rupa dan hartamu, tetapi ia memandang hatimu". Adakah hatimu baik seperti yang kamu sangka apabila kamu dengan mudahnya melanggar perintah Allah? Perbuatan kamu mengingkari perintah Allah itu bermula dari hatimu yang mati dan busuk. Jika hatimu mati, apa lagi yang ada pada dirimu?

Alasan paling popular yang digunakan oleh mereka yang tidak menutup aurat ialah:
"Aku ada banyak kawan di office yang bertudung, tapi selalu mengumpat"

Berikan jawapan ini kepada mereka, orang yang mengumpat hanya mengumpat apabila meraka bertemu dengan kenalan2 tertentu sahaja. Mereka tidak akan mengumpat apabila berjumpa dengan orang tidak dikenali di tepi jalan. Dosa mereka pada masa-masa tertentu sahaja.

Berbeza dengan mereka yang membuka aurat. Dosa mereka tetap akan mengalir 2 kali ganda walau aurat mereka dilihat oleh orang yang dikenali mahupun tidak dikenali. Dosa orang membuka aurat adalah 24 jam,. Bayangkan sehelai rambut, 1000 tahun Neraka waktu Akhirat. Jika ada ribuan helaian rambut. Jika orang pertama yang melihat berkelip sebanyak 10 kali. Bagaimana jika 10 orang. Bagaimana pula jika mereka berjalan-jalan di pasaraya. Bagaimana pula jika mereka mengupload gambar mereka di FaceBook, TV dan lain2, dilihat oleh berjuta-juta manusia. Itu untuk satu hari, bagaimana pula jika hayatnya selama 60 tahun??

Kesimpulannya, orang yang suka mengumpat tetapi menutup aurat, mungkin mereka akan ke Syurga atau Neraka. Tetapi bagi mereka yang tidak menutup aurat, walaupun mulut mereka baik, mereka confirm masuk neraka melainkan dengan rahmat Allah.

Wallahua'alam


8 Sikap Perempuan Yang Disukai Lelaki ^_^v


1. Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. 

2. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.


3. Menghargai

Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.

5. Pandai berbicara


Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.

7. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. 

8. Simpati dan prihatin


Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. 

Inilah sifat seorang wanita yang sempurna ^^,

Kursus Fasilitator Gempakkk Oiiii

gambar sendiri sebagai pembuka panggung..hahahaha
Pada 9-11 disember 2011,aku telah dipaksa join kursus asas untuk menjadi fasi...
sebenarnya, aku da beberapa kali jadi fasi nih...yang terakhir,masa cuti semester bulan mei yang lepas..buat program Menjejak Menara Gading(MEMEGA) untuk pelajar tingkatan 6 sekolah lama aku,...sebelum ni da manage program minggu silaturrahim student tingkatan 6 bawah....

**********************************
err..da lari topik pulak....so, rasa agak janggal la pulak bila jadi peserta nih..tapi tak kisah la..sebab banyak yang kita boleh belajar...Tempat kursus tu memang best sgt...Sungai Congkak D' Forest...yang penting,tempat tu ada sungai....ok..malas nak menulis..aku masuk gambar jela...have a look guy...








barisan fasi yang over jugak..hahaha
antara peserta kursus




kami yang terpaksa  berendam...sejukk wooo
haa..ni la banner program tu..err..patut letak ats sekali..bia jela..sukati aku la blog aku...
senam robik pagi buta..nasib xde chicken dance...
buaya2 sedang berendam....yang berdiri tu..raja buaya daratan...



























*****************************************************************************************
setakat ini sahaja ya tuan-tuan gambarnya...aku malas nk hoplod menda alah tuh...apetah lagi hupdate belog ni pon malas...sorri....

Tuesday, May 17, 2011

Ciri -Ciri Sahabat Untuk Dipilih

1-Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2-Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.


3-Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4-Hargai pendapat satu sama lain.

5-Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.


6-Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7-Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

8-Belajar daripada satu sama lain.

9-Jangan mengata di belakang kawan anda.

P/S:Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali